20150611

rewind ii

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

rewind.

kembali ke masa,
aku duduk di ribanya.
kembali ke masa,
aku bergelak tawa dengannya.
kembali ke masa,
aku masih mampu genggam tangannya.
kembali ke masa,
dia ada, untuk percaya aku sepenuhnya.

andai aku tahu itu yang terakhir,
tidak kulepas walau ribut jua petir.


- nam 1531.11062015

20150601

hujan lewat malam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

bukan mahu aku menangis pedih.
bukan suka-suka aku merintih.
bukan senang aku rawat luka.
bukan mudah aku melupa.

aku lupa macam mana mahu rawat luka,
sampai aku merintih, menangis pedih.


- nam 0950.01062015