sebelum kami ketemu ini
aku pernah janji pada diri
Ya Allah, jikalau aku jatuh lagi
biarlah itu yang terakhir kali.
aku bina dinding tinggi.
aku tolak setiap yang cuba hampiri.
sebab pengalaman mengajar diri.
jangan menaruh pada yang tidak pasti.
maka, aku pun berjalan sendiri.
membawa diri.
jalani hari.
terus menanti.
syukur pada Illahi.
aku bahagia begini.
gembira dengan famili.
tidak risau pasal si jantung hati.
tapi
aku juga manusia, punya hati.
ada hati nurani.
untuk memiliki dan dimiliki.
terkadang sepi.
sunyi
tiada teman di sisi.
cepat-cepat aku sedar diri.
ingat pada janji.
jaga hati,
sampai Allah hantar dia yang aku nanti.
dan dia tiba.
menyapa.
aku lupa bagaimana.
tidak ingat siapa mula.
dia manusia biasa.
seperti aku juga.
tidak sesempurna nabi kita.
kerana sedar, aku juga bukan Aisha.
apalagi Saidatina Khadijah.
semua.
aku terima seadanya.
yakin pada dia.
bahawa ada cinta di hatinya.
cinta kebenaran, cinta Allah.
semua berlaku macam kebetulan.
namun berulang kali dipesan.
kebetulan hanya dongengan.
takdir Illahi yang menentukan.
kadang jiwa bertanya.
menimbulkan curiga.
apakah benar dia?
inikah yang terakhir dari-Nya?
entah.
aku tidak mampu meneka.
semua berlaku atas satu hikmah.
dan hati akan terus berdoa.
minta pada yang memberi rasa cinta.
agar diberi apa jua
yang terbaik buat aku juga dirinya.
dan yang pasti,
semua berlaku atas ketentuan Illahi.
semuanya bermula di sini...
Qalbi.
-nam 0121.05082015
#terima kasih Allah atas segala rasa.