BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
kawan,
bilamana kau tertanya, kenapa yang bahagia terus bahagia,
sedang diri sepertinya tidak pernah berhenti diuji tiap masa,
jangan pernah kau lupa, rezeki takkan pernah salah,
kerana yang mengatur segala hanyalah Allah.
sumpah, di awalnya kau mungkin tidak faham "kenapa, apa hikmahnya?"
tapi bila diberi sedikit masa,
dibuka sepasang mata,
dilapang kusut di dada,
dengan izin-Nya,
satu-satu terlerai segala dilema.
di saat itulah,
barulah kau faham semua perkara,
barulah kau nampak cantiknya jalan cerita,
yang dulu dengan payah kau mengharunginya,
bertakung segala peluh, darah dan air mata.
andai hari itu tiba,
kawan percayalah,
dengan sebak kau berbisik "Alhamdulillah",
dengan setulus hati kau berterima kasih pada-Nya.
- nam 2214.11072019