BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
apa yang aku rasa,
apa yang aku fikir,
apa yang aku tenung,
semua kausangka.
kaumacam tau semua.
semua pasal aku.
semua pasal aku.
semua pasal aku.
kaucakap macam senang.
'jangan beban fikiran.
cerita sama orang.
cepat-cepat cari solusi.'
ah, cakap senang la bro.
mau buat beribu punya susah.
nah, kau pakai kasut aku.
baru kautau rasa.
baru senang kaubersangka.
baru mudah kaunilai.
sudahlah. aku penat.
hidup dengan sangkaan dan 'expectation' orang.
PENAT.
- nam 2035.01022015