20160906

rasa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

pernah
rasa datang tanpa aku minta
tiba tiba menerpa
setelah sekian lama
luka

sayang
cuma
hanya seketika
luka
kembali parah

apa benar salah
kerana diri terlalu percaya
atau benar salah
kerana diri tiada yang luar biasa

terpana
bergerak tanpa daya
tanpa emosi aku bernyawa

iya
mungkin aku benar lupa
dunia
yang indah semua fana

tapi rasa
hati masih punya
entah mengapa
datangnya tiba tiba
kini bergerak tidak selangkah
kaku beku di dalam sana

jaga
iya
rapi dipelihara
mungkin kerana rasa
bukan untuk kukongsi bersama
simpan sendiri cuma

tiada.
gantinya
tiada.
terakhir, aku bicara
terakhir, sampai bila.
terakhir, selamanya.


-nam0303.06092016
#moga bahagia