20170827

roda

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

masa ibarat roda
laju berputar

kejap mata
aku yang kecil
yang ditimang bapa
ditimang mama
kini dewasa
sendiri mengatur langkah

hari demi hari
terasa roda semakin ligat
laju, terus bertahan di sini
kadang lelah juga liat

mulanya dekat
lalu perlahan aku menjauh
ilmu aku kutip
biar dikumpul sebelum melabuh sauh

juga tanpa kupinta
tanpa ku diperingat
yang paling kucinta
telah pergi setelah penat

umpama kaum lut
dunia dirasa terbalik
hancur tenggelam dalam laut
lemas, mohon sesiapa tarik

cuba berpaut
pada tiap yang umpama dahan
akhirnya patah
terluka aku, parah

mana yang dipercaya
bak durjana hilang di malam buta
tiada cahaya
lagakku tidak lain dari si buta
meraba
mencari
sesat

tolong!
semua pekak

sakit!
semua buta

iya. semua.

kau tahu rasa bila tulang femur kau patah?
lalu kau disuruh berlari mengejar mereka?
kau cuma mahu rehat, melepas lelah sebentar.
tapi dihalang, katanya kau buang masa, malas, banyak komentar!
kau pernah rasa?
PERNAH?

ada yang lagi besar ujiannya dari kau.
ah, persetan!
ambil kasut yang kubaling pada kau
pakai, rasa, kemudian katamu tadi kautelan
ada yang lagi besar ujiannya dari kau.

hah! baru tau rasa kau!

- nam0153.27082017