BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
tengah malam.
pagi buta.
duduk diam.
depan laptop.
pasang lagu.
satu-satu memori replay.
dari awal memori aku simpan.
sampai waktu dia hilang dari mata.
mana sangka secepat tu.
dia tahu, kejap mata dia pergi.
hari-hari terakhir,
dia sedia semua.
dia urus semua.
dia care. dia risau.
akan kami, bila dia pergi.
aku ingat,
bila dia cakap,
'pa ndak mau susahkan kamu semua.'
aku ingat,
bila dia bilang,
'bagus lagi bapa kurus, daripada tiada langsung.'
mahu tahu?
dari dulu.
aku simpan cita-cita
contohi fatimah anak baginda.
jadi 'ummu abiha'.
- ibu kepada ayahnya.
tapi. mimpi cuma.
sejak dari itu,
hilang semua rasa.
orang caci,
orang marah,
orang hina.
tiada rasa.
yang ada,
cuma tinggal
rindu dan cinta.
dengan air mata.
- nam 0326.08042015
No comments:
Post a Comment