BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
i
hidup ini penuh liku
dan aku
hanya memandang kaku
melihat segala yang berlaku
aku
dan hidup aku
mereka
dan hidup mereka
masing-masing
punya hidup yang terasing
kadang rasa dunia kejam
mereka bahagia kala dunia aku, kelam
kadang rasa dunia indah
tapi indah dunia, ya, hanya sementara
ii
ah, persetan semua
persetan mereka semua
biar mereka dengan hidup mereka itu
dan kau, hiduplah sebagaimana yang kau mahu
pergilah semua yang mahu pergi
biar tinggal dia ini bersendiri
dia ini manusia tegar tidak punya hati
hati penuh luka, darah; hampir mati
maka, apa itu masih kau panggil hati?
-nam1707.14052016
No comments:
Post a Comment