BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
panggil dia, bapa.
masih aku ingat,
aku kenal dia lama.
sejak aku kecil,
aku, adik, gerun sama dia.
garang.
jujur,
banding mama,
aku lebih rapat sama dia.
kerja lelaki di rumah,
aku pulun semua.
ketuk sana, ketuk sini,
repair sana, repair sini,
nama aku dia laung.
biasalah anak sulung.
harus tolong.
dia, ajar aku adab,
depan orang jangan biadab,
kalau marah, usah tegang, diam-shut up,
pergi wudhu, pada Tuhan kita hadap.
gaduh, tengking, jerit.
dia datang hambat.
tiap periksa, dia marah.
biar kurang satu markah.
aku, sumpah tidak faham.
aku minta, mana pernah bagi.
ada pun, buku. itu terkecuali.
jadi orang berilmu sudah besar nanti.
pesan dia, lagi dan lagi.
tiba-tiba doktor bilang,
dia sakit. sakit.
aku yang dengar jadi sakit.
mata, nampak dia tahan perit,
tubuh, jelas dia sakit.
mulut, telan makanan rasa pahit.
sebak tengok, aku rasa macam mau jerit.
pa,
sudah tidak tahu mau bilang apa.
cuma mampu doa,
supaya bapa kuat, tabah.
ketahuilah,
bapa tidak pernah buat susah.
kami yang selalu menyusah.
dan kami mahu bapa lihat kami berjaya.
dengan izin-Nya, insya-Allah.
- nam 2056.05022015
No comments:
Post a Comment