20150203

sempurna

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


aku. bak kata orang,
indah khabar dari rupa. ke?
banyak unrevealed facts tentang diri aku,
yang orang tidak pernah tahu.
dan aku wonder, kalau
semua nampak siapa aku,
will they stay or tinggal aku?

dan hati,
jujur, dari mula,
tidak pernah berhenti bertanya,
kenapa aku?
aku tidak tahu atas dasar apa.

aku tidak punya konfiden,
yang yakin diri sempurna.
aku tidak punya kekuatan,
untuk kekal jadi sempurna.
cepat atau lambat,
i can't fake. i can't.
aku tetap jadi aku.

sedikit demi sedikit,
kau akan kenal aku yang original,
yang sebenar. bukan macam orang kenal.

aku.
yang cepat putus. yang senang rapuh.
yang tidak pernah percaya siapa.
yang sentiasa takut.
yang pernah gagal.
yang pernah tolak semua yang mau dekat.
yang tidak pernah ada kisah yang 'happily ever after'.
dan segala macam 'yang' yang kau tidak tahu.

maaf kerana tidak sempurna.

maaf aku hulur,
bila mana tidak dapat luang masa,
maaf aku minta,
bila mana tidak buat diri bahagia.
maaf aku kata,
bila mana tidak reti rawat hati yang luka.
maaf wahai maaf,
bila aku sembunyi yang ada jadi tiada.

maaf kerana tidak sempurna.

maaf, aku jauh dari ekspektasi kau.
maaf, hati aku bilang maaf.
maaf, air di bibir mata bilang maaf.

maaf kerana yang sempurna itu bukan aku,
tapi mungkin cuma rasa dalam hati aku.


- nam 0830.03022015

No comments: