20150508

persis gila ii

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

***
0017 21032015, masuk satu mesej daripada Mama.
Pelik.  Sumpah pelik.  Selalunya masa-masa begini semua orang di rumah sudah lama tidur.
Kkk wawa bpa d hospital nie
Doakan bpa cepat sembuh
Aku yang tengah baring masa tu, terus bangun dari katil.  Aku tanya,

kenapa?

Bilang adik aku *entah adik yang mana satu*,

kau call lh.

Aku terus telefon Mama, tapi bukan Mama yang jawab telefon.  tapi adik aku.

Bi, kenapa bapa?

Diam.  Aku dengar esakan.

Bi, cakap bah!

Aku marah.  Geram.  Aku lari keluar, masuk bilik study.  Aku tinggikan suara lagi,

Bibi, kenapa bah?! Cakap!

Aku lupa apa butir kata yang keluar dari mulut adik aku.  Yang aku ingat, telefon bertukar tangan, pakcik aku yang menjawab telefon dan minta aku bersabar.  Bilang pakcik,

Bapa kena kasi pakai oksigen sekarang.  Tidak sedarkan diri.  Doakan seja bapa, wa.  Kita bersedia ja untuk sebarang kemungkinan.

Heh, aku mau cakap apa lagi.  Mulut aku macam penuh, mana mampu cakap apa-apa.  Aku cuma mengangguk, e'em, bah.  Rasa masa tu, sumpah, tidak dapat aku ungkap dengan kata.  Cuma Allah yang tahu, cuma Allah yang faham, cuma Allah.

Bila kau sudah rasa, baru kautahu sakitnya.  Aku ulang, bila kau yang ada di tempat aku masa tu, baru kaurasa apa yang aku rasa.

Aku duduk menangis di surau.  Ada Sam dengan Ila.  Memang aku kisah pun *sarkastik*, dengan mata aku yang basah dengan air mata yang turun macam air terjun, dengan teresak-esak, aku peluk Sam.  Hanya mampu berdoa dan berharap dan memohon kepada Allah untuk permudahkan segalanya.

0040 21032015, beberapa minit selepas itu, telefon aku berbunyi.  Pantas aku jawab.  Dengar esakan adik aku,

Wa...ada kawan kau sana? Kau bagi dulu telefon tu sama kawan kau.

Kenapa, na? Na! Kenapa na?

Bagi seja, mama mau cakap sama kawan kau.

Aku bagi Sam telefon aku.  Aku diam.  Menunggu kata dari Sam.  Sam nangis wehhh, Sam nangis.  Jantung aku macam mau keluar, weehh, kenapa Sam nangis?  Masa tu, aku harap 'common sense' aku salah.  Tidak wehh, tidak.  Lama Sam bercakap di telefon, hati aku makin sakit.  Ila pegang aku, Ila sabarkan aku.  Persis orang gila aku masa tu.  Persis gila, orang yang hilang arah, orang yang putus harapan, heh.

Sam letak telefon, dia peluk aku.

Bapa wawa sudah tiada, ucap Sam.  Terdiam aku kejap.  Cuma sekejap, lepas tu, datang balik gila aku.

Aku mimpi kan?  Aku tanya Sam dengan Ila,

Saya mimpi kan?

Tidak waa, tidak.

Aku tampar pipi aku berkali-kali, kuat.  Berharap cuma mimpi.  Sam dengan Ila, berusaha menenangkan aku.  Aku lari keluar dari surau, aku berlari masuk tandas.  Aku buka paip di sinki, air kutadah dan aku siram muka aku.  Habis lencun baju aku. Dan aku tahu, ini bukan mimpi.

Bukan mimpi.  Tapi realiti. Realiti, wa.


- nam 1040.08052015

#pa, berbahagialah di sisi Allah.  Jumpa nanti.

No comments: