20150506

persis gila.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

dalam kamar, termenung,
merenung.
apa akan sama sekarang,
dan sebelum dia 'pulang'.

---
dulu aku simpan cita,
tinggi melangit sampai atas sana,
ke Mekah, Harvard, Russia,
jadi doktor pakar bedah,
bina rumah besar mewah,
tempat berkumpul sekeluarga,
yakin, aku sebut semua.

sejak dia sakit,
perlahan-lahan semangat pudar,
sedikit demi sedikit,
terasa hambar,

tidak, bukan.
tidak pernah aku salahkan dia.
bukan mahu dia, sakit, tiada upaya.
tidak juga aku mempersoal takdir,
bukan. cuma kadang otak sakit memikir,
menyelongkar kotak minda,
mencari di mana hikmah.

terakhir aku jumpa,
dia hantar aku terbang,
pergi mencari ilmu, bekalan di dada,
dan siapa sangka, terakhir, sebelum dia 'hilang'.

21/03/2015. 0040
rasa lemah. aku rebah.
tiada kata yang mampu terluah.
mungkin bila kaulalui, baru kaurasa. entah.

---
tidak tahu mahu rasa apa,
hidup bagai ada 'plot twist'
mengubah segala yang direncana
kalut macam orang gila, persis.


- nam 0849.06052015

#kumohon doa,
moga Tuhan pinjamkan sedikit upaya.
kerana aku sumpah lemah.
bibir yang senyum lakonan cuma.
tawa yang galak paksaan semata.
hanya airmata yang tumpah jujur meluah.

No comments: